Thursday, December 17, 2020

[752.20] BOLEH MULAKAN TINDAKAN TERHADAP INDIVIDU YANG MELAKUKAN BODY SHAMING?


Undang-undang yang terpakai di Malaysia untuk menangani pelakuan jenayah berkenaan adalah di bawah Seksyen 233(1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Seksyen 233(1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998:
"233. (1) Seseorang yang:
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar:
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana- mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, melakukan suatu kesalahan.
Mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya
Section 509.
Whoever, intending to insult the modesty of any person, utters any word, makes any sound or gesture, or exhibits any object, intending that such word or sound shall be heard, or that such gesture or object shall be seen by such person, or intrudes upon the privacy of such person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to five years or with fine or with both.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 pula, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM100.00.
Subang Jaya
[12/2020]



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►