Monday, December 14, 2020

[746.20] PRINSIP AM PERMOHONAN SECARA EX PARTE (Prinsip baru Mahkamah Persekutuan)


Asas perundangan, tiada perintah boleh dibuat atau diberikan dengan prejudiskan satu pihak yang lain kecuali ada peluang untuk didengar kepada pembelaannya jika perlu. Namun Permohonan Ex Parte adalah satu tindakan yang perlu dan bersesuaian serta dibenarkan dalam keadaan tertentu. [ Rujuk - Thomas A Edison Ltd v. Bullock [1912]
Rujuk juga kepada:
1. Socooil Corporation Bhd v. Ng Foo Chong & Anor [1980]
2. LB Confectionery Sdn Bhd v. QAF Ltd; Perbadanan Harta Intelek Malaysia (interested party) & another case [2008]
Isu ini boleh dirujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Tan Kim Hock Product Centre Sdn Bhd & Anor v. Tan Kim Hock Tong Seng Food Industry Sdn Bhd [2018] yang mana kes berkenaan satu permohonan di bawah TDO di bawah Seksyen 9, Trade Description Act 2011 ("TDA") yang mana peruntukan tidak menggariskan samada permohonan sedemikian perlu dibuat secara ex parte atau inter parte dan isu ini adalah isu perundangan yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan.
Antara lain permohonan ex parte akan memberikan prejudis dan penafian hak keadilan pihak yang satu lagi. Namun di dalam kes, Mansion Properties Sdn Bhd vs. Sham Chin Yen & Ors [2020] tidak bersetuju dengan hujahan dan dapatan kes berkenaan yang mana dilihat tiada apa-apa peruntukan yang menetapkan ia patut didengar secara inter partes mahupun kertas kausa perlu diserahkan kepada pihak terlibat.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan dalam kes Mansion Properties Sdn Bhd masih mengikuti keputusan kes terdahulu bahawa setiap keputusan terhadap permohonan ex partes boleh dibatalkan oleh Mahkamah yang sama dan tidak terhad kepada funtus officio kerana Mahkamah masih mempunyai kuasa ke atasnya. Mahkamah pula terhad membenarkan permohonan pengenepian dengan menunjukkan pembelaan atau kepentingannya.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►