Wednesday, December 2, 2020

[734.20] TINDAKAN ASESSMEN GANTIRUGI DALAM MASA SEBULAN DITAFSIRKAN BUKAN MANDATORI


Mahkamah Rayuan antara lain memutuskan bahawa peruntukan Aturan 37 Kaedah 1(1) KKM 2012 bukan peruntukan mandatori dengan tidak memberikan kuasa untuk mengenepikan hak substantif pihak yang terlibat.
Tindakan melalui peruntukan tersebut boleh dibuat oleh pihak yang menang atau pihak yang kalah. Sekiranya keduanya gagal berbuat sedemikian, mahkamah masih dibebankan tanggungjawab untuk melaksanakannya kepada kedua pihak melalui Aturan 34 yang patut dibaca bersama Aturan 37 Kaedah 1(1) KKM 2012 yang memberikan impak dan mengikat bahawa SHALL di dalam peruntukan tidak ditafsirkan sebagai mandatori.
Ini dirujuk pula kepada peruntukan di Aturan 37 Kaedah 1(7) yang memberikan budibicara kepada Mahkamah / Pendaftar untuk memberikan arahan lanjut kepada pihak-pihak jika Aturan 37 Kaedah 1(1) gagal dipenuhi. Rujuk – Vellasamy Ponnusamy & Ors vs. Gurbachan Singh Bagawan Singh & Anor [2020]
Hisham Nazir
Subang Jaya, 2020
+60139307961



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►