Friday, November 27, 2020

[730.20] BUDIBICARA MENJATUHKAN HUKUMAN OLEH MAHKAMAH


“Hukuman adalah bersikap peribadi dan perlu dibezakan antara kes dan kes. Tiada satu peraturan disebut trend dan pengamalannya adalah salah sudut keadilan.”
Tiada garis panduan khusus buat mahkamah menetapkan berapa hukuman yang sewajarnya diberikan dan hukuman maksima bukanlah satu penetapkan untuk Mahkamah memutuskan hukuman maksima. Maka budibicara adalah kepada Mahkamah untuk menentukan hukumannya berdasarkan keseriusan kesalahan dan juga ditimbangkan dengan fakta yang ada dalam kes berkenaan. Perletakkan budibicara kepada Mahkamah untuk mengenakan hukuman adalah kerana Mahkamah itu patut menimbangkan faktor kesalahan, fakta keterangan dan keadilan dalam bentuk kesesuaian. Kecenderungan emosi dan penyeragaman hukuman patut dielakkan. Rujuk - Mohd Jalani Saliman v. PP [1997], PP v. Khairudin [1981], Abdul Karim v. R, Sundra Singh v. R, Loh Kai Hoi v. R [1954].
Antara pertimbangan yang adil dan penting buat Mahkamah ialah hukuman itu untuk mencegah dan memulih pesalah sekaligus. Setiap penghukuman hendaklah bersifat ekslusif dan peribadi tergunapakai hanya kepada pesalah tersebut sahaja yang dilaras kpd keadaan moral dan kewangannya juga kpd sifat suatu kesalahan tersebut Rujuk - Kesavan Senderan v. PP [1998], Low Oi Lin v. R [1949].
Latar belakang pesalah juga perlu diambilkira disamping kepentingan awam tetapi pandangan awam tidak patut diambilkira sebagaimana ditekankan di dalam kes R v. Sargeant [1974] Prinsip klasik di dalam menilai suatu hukuman yang bakal dikenakan terhadap pesalah ialah sebagaimana diputuskan dalam kes R v. Sargeant, iaitu: "retribution, deterrence, prevention and rehabilitation." Dalam masa sama turut mengariskan apakah panduan di dalam menentukan suatu tempoh masa pemenjaraan yang sesuai yang patut dikenakan terhadap pesalah yang mana antara lainnya ialah; sifat dan keseriusan suatu kesalahan tersebut, keadaan dimana kesalahan tersebut dilakukan, diskaun kepada keinsafan & akhirnya imbangan diantara kepentingan awam di dalam mencegah kesalahan tersebut & peluang pesalah memulakan kehidupan yang baru.
Rujuk – PP vs. Aliman Sarbini [2017]
Hisham Nazir
Subang Jaya, 2020
+60139307961





 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►