Friday, November 27, 2020

[729.20] PERLANTIKAN PEGUAMBELA UNTUK KES HUKUMAN MATI OLEH MAHKAMAH TINGGI


“Saya nak lantik Tuan jadi peguambela anak saya tapi bawah skim lantikan Mahkamah. Kerajaan bayarkan fee Tuan. Boleh ke?”
Jawapan – “Tidak Boleh”
Bagi kes jenayah melibatkan hukuman mati seperti pertuduhan pengedaran dadah, membunuh, menculik, memiliki senjata api dan lain-lain pertuduhan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan melantik seorang peguambela kanan (senior) yang dianggap kompeten dan mempunyai sijil amalan guaman bagi mewakili OKT / Perayu di dalam kes berkenaan.
Kesemua lantikan akan dibayar oleh kerajaan dan tiada bayaran dikenakan ke atas OKT atau Perayu dalam pengendalian kes berkenaan. Pemilihan peguambela adalah berdasarkan giliran dan diputuskan oleh pihak Mahkamah itu sendiri. Tiada hak pihak OKT / Perayu untuk memilih mana-mana peguam secara spesifik.
Antara kelebihannya, pihak Perayu / OKT diwakili oleh peguambela yang dianggap berkompeten oleh Mahkamah dan semua bayaran guaman diselesaikan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Manakala keburukannya, mungkin Perayu/OKT tidak berkeyakinan atau peguambela tidak agak berpengalaman dibandingkan dengan peguambela lain dan kes mereka. Peguambela juga mungkin tidak meluangkan masa dan tidak menitikberatkan kes lantikan berbanding kes lantikan keluarga. Ini dibimbangi oleh OKT/Perayu dan Peguambela sendiri. Pernah lihat bagaimana korum Hakim Mahkamah Rayuan ‘menasihati’ peguambela secara terbuka apabila tidak pernah melawat dan mendapatkan arahan penuh bagi kes lantikan Mahkamah. Malah tidak menyediakan hujahan yang baik. Alhamdulillah, setakat ini semua anakguam lantikan mahkamah kami lawati di penjara dan hujahan difailkan sebagaimana arahan.
Lantikan adalah bagi membolehkan proses pembicaraan adil diberikan kepada OKT/Perayu. Ini bukan sahaja menjadi hak kepada individu di Malaysia di bawah Perkara 5 Perlembagaan Malaysia tetapi kepada asas perundangan melalui keputusan kes duluan. Rujuk - Pett v. Greyhound Racing Association [1968], Wong Swee Chin v. Public Prosecutor [1980]



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►