Friday, November 27, 2020

[726.20] PENGHAKIMAN ATAS PENGAKUAN DEFENDAN


Satu penghakiman boleh dimohon kepada Mahkamah di bawah Aturan 27 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang mana boleh dibuat melalui satu Notis Permohonan bersama alasan di dalam Afidavit Sokongan. (Poh Boon Shung vs. Ong Kuan Ming & Ors [2020])
Permohonan perlu dibuat berdasarkan satu pengakuan yang jelas dan pliding menunjukkan tiada isu untuk dibicarakan atas pengakuan tersebut. Kewujudan satu dokumen tidak menunjukkan satu pengakuan walaupun bersifat sedemikian selagi ia masih wujud ruang penafian kepada isu utama atau kolateral. Bermaksud selagi ada ruang isu untuk dibicarakan walaupun sekecil mana, permohonan di bawah peruntukan di atas patut ditolak. Ini digariskan di dalam kes Kawan Lama Builders Sdn Bhd vs. Syarikat Lumut Quarry Sdn Bhd [2020].
Prosedur melalui Notis Permohonan dan Afidavit tidak perlu jika isu ini dibangkitkan dan dihujahkan melalui bicara penuh. – Wong Kian Wah vs. Ng Kien Boon [2018]


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►