Thursday, November 19, 2020

[714.20] ISU FAKTA DAN TEKNIKALITI DALAM KES POCA / LLPK

 


"Tuan, suami dah kena tahan 2 tahun boleh ke lawan kes. Polis tiada bukti dan memang takde apa boleh kaitkan suami dengan kes ... bla.. bla"
Ini antara luahan beberapa isteri dan ibu dalam sebulan ini tentang perintah tahanan terhadap suami, anak dan lain-lain. Ini antara mereka telah telefon kami dan kami nasihatkan agar lantik peguambela seawal mungkin.
Ada yang lantik peguambela tetapi bukan kami sebab dikatakan kami ini jauh daripadanya. Untung orang Simpang Renggam dan Batu Gajah la. Ada katanya peguam kata tiada apa boleh dibuat kerana masih belum ada perintah. Buat apa lantik dan bayar kalau begitu.
Okay. Pertama, Sebab tiada buktilah maka penahanan dibuat di bawah POCA atau LLPK. Jika ada bukti, maka tahanan akan dihadapkan ke Mahkamah dan dapat satu hukuman lebih besar.
Kedua, lantikan peguam boleh buat seawal mungkin dan penahanan melibatkan polis dan KDN. Maka kerja-kerja berkaitan fakta dan teknikaliti boleh dibuat sebelum sampai ke tahap semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi. PDRM dan KDN adalah manusia, selain mereka inginkan pemulihan, mereka juga ada budibicara dalam mengendalikan penahanan ini. Peguambela boleh memberikan idea, cadangan, fakta dan nas perundangan dalam membantu KDN dan PDRM menyelesaikan permasalahan tahanan tersebut. Maka peluang lebih besar.
Apabila perintah tahanan telah dikeluarkan, hanya bicara peringkat Lembaga Penasihat dan semakan di Mahkamah Tinggi boleh dibuat. Pada waktu itu, mahkamah lebih berminat isu teknikaliti samada proses yang telah dilakukan adalah silap dan ultra vires kepada mana-mana peruntukan dan SOP. Setiap tindakan ada garis masa (limitation) yang perlu dipatuhi.
Ketiga, apa pun tahap prosesnya. Masih ada peluang kepada semua tahanan untuk dibebaskan atau ditukarkan perintah tahanan kepada satu perintah lain yang mana bukan sahaja memberikan impak baik kepada tahanan dan keluarga tetapi kepada KDN dan kerajaan juga.
Tak larat nak jawab whatsapp eh.. Orang sama, soalan sama. Bertindaknya tidak.
Hisham Nazir
Subang Jaya, 2020
+60139307961



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►