Thursday, November 19, 2020

[713.20] PARLIMEN TERGANTUNG DAN MAJORITI MUDAH


Malaysia adalah Negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen iaitu satu kerajaan yang dijalankan secara perwakilan di mana ianya dibentuk melalui pilihan raya. Pilihan raya diadakan dalam tempoh lima (5) tahun sekali atau lebih awal bagi mengesahkan pihak yang memegang kuasa bagi 222 kerusi dan membentuk kerajaan persekutuan iaitu pihak yang mempunyai majoriti kerusi parlimen.
Jadi apakah yang akan berlaku sekiranya keputusan pilihan raya umum adalah 111-111, sama juga jika ianya berlaku di dewan negeri contohnya seperti Johor yang mempunyai 56 kerusi dan keputusannya adalah 28-28?
Sekiranya parlimen tergantung berlaku, kerajaan terdahulu iaitu kerajaan sebelum parlimen dibubarkan akan dikekalkan oleh Yang-Dipertuan Agong tetapi hanya sebagai kerajaan sementara iaitu ‘caretaker government’. Fungsi ‘caretaker government’ adalah menjalankan dasar negara iaitu memastikan pentadbiran negara dapat diteruskan. Oleh itu, adakah pilihan raya umum perlu dilakukan semula yang akan menelan kos perbelanjaan yang besar malah tidak menjamin keputusan yang berbeza?
Sebagai negara demokrasi berparlimen, penyelesaian bagi kes ini adalah pilihan raya umum semula di mana “caretaker government” akan bertindak sebagai kerajaan sementara sehingga pilihan raya semula selesai.
Walaubagaimanapun, dapat kita lihat keadaan semasa negara kita jika berlaku perkara ini di mana tiada gabungan yang mendapat majoriti maka parti-parti politik akan mula berunding bagi mendapatkan sokongan dari parti bebas atau parti lain untuk mendapatkan majoriti mudah.
Namun, sebuah kerajaan pusat yang hanya mempunyai majoriti mudah seperti 112-110 adalah sebuah kerajaan yang lemah kerana ia akan menyebabkan permasalahan bagi mengusulkan bil-bil yang memerlukan dua pertiga majoriti undian di dalam dewan rakyat iaitu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti yang dinyatakan di dalam Artikel 159(3) Perlembagaan Persekutuan dan perkara-perkara yang tersenarai dalam Artikel 10(4) Perlembagaan Persekutuan.
Aainaa Ozaimudi
@annaozaimudi
Subang Jaya, 2020


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►