Thursday, November 19, 2020

[715.20] RAYUAN SELEPAS MENDAPAT PENGHAKIMAN/PERINTAH MAHKAMAH


Secara asasnya, terdapat 3 mahkamah yang mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes-kes rayuan iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Kebiasaannya, rayuan adalah oleh pihak yang terkilan dengan keputusan atau dapatan mahkamah.
Pihak yang terkilan boleh untuk membuat rayuan dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diberikan bagi kes sivil dan 14 hari bagi kes jenayah. Walaubagaimanapun, ianya masih tertakluk kepada peruntukan undang-undang.
Ada rayuan yang tidak memerlukan kebenaran dan ada rayuan yang memerlukan kebenaran mahkamah terlebih dahulu sebelum melalui proses rayuan.
Terdapat beberapa kategori keputusan selepas rayuan yang boleh diputuskan oleh mahkamah iaitu tidak membenarkan rayuan, membenarkan sebahagian rayuan, membenarkan keseluruhan rayuan, mengarahkan kes tersebut untuk dibicarakan semula, menambah hukuman atau mengurangkan hukuman.
Bagi rayuan di Mahkamah Tinggi, ianya adalah berdasarkan keputusan di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret. Bagi rayuan di Mahkamah Rayuan, ianya adalah berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dan bagi rayuan di Mahkamah Persekutuan, ianya adalah berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan.
Subang Jaya, 2020


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►