Monday, August 24, 2020

[663.20] KUASA MAJISTRET Di BAWAH SEKSYEN 91(1)(d) AKTA KANAK-KANAK

 


Ini merujuk kepada artikel kes perundangan.
Kanak-kanak yang dikenakan tuduhan sebagaimana di bawah telah didapati bersalah atas pengakuan salah dan telah dikenakan denda RM1000 gagal bayar 3 bulan pemenjaraan.
"Bahawa kamu pada 4 March 2017, jam lebih kurang 0440hrs, di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seri Alam, Dalam Daerah Johor Bahru, Dalam Negeri Johor telah didapati memasukkan dadah jenis "Methamphetamine" ke dalam badan kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 15 Akta yang sama."
Pendakwaraya tidak berpuashati, telah merayu kepada Mahkamah Tinggi.
Ringkasnya, rayuan telah ditolak atas faktor kuasa budibicarakan Majistret di bawah seksyen 91(1)(d) adalah jelas dipatuhi dan juga melibatkan rekemen Pegawai Akhlak mengenainya. Termasuk faktor umur kejadian berumur 14 tahun dan perintah dibuat semasa umur 16 tahun masih dalam lingkungan di bawah seksyen 91(1)(d) berkenaan.
Dalam faktor hukuman, kes duluan melibatkan keseriusan jenayah dan umur muda serta pemulihan kepada kanak-kanak telah diambilkira sepenuhnya oleh Mahkamah Majistret sebelum menjatuhkan hukuman.
Rujuk kes - PP v. IZLAN MALTIE ABDUL MALEK
[2020] MLRHU 390

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►