Monday, July 27, 2020

[655.20] ADAKAH SEKSYEN 294 KAJ TERPAKAI JIKA ADA KESALAHAN JENAYAH LAMA


Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah adalah peruntukan untuk perlepasan di bawah satu #bon berkelakuan baik atas dasar OKT adalah #pesalahpertama.
Dengan mengambilkira faktor latarbelakang #peribadi dan kes yang ada, mahkamah boleh benarkan satu bon berkelakuan baik selaras seksyen #294(1).
Samada isu ia perlu kepada kesalahan #pemenjaraan sahaja atau bersama atau pilihan #denda, isu ini telah diselesaikan dan telah diterima keduanya melalui kes PP vs. Idris (1955) dan PP vs. #Yeong Yin Chou (1995)
Dalam pemakaian sekarang, terhad bagi bon di bawah Seksyen 294, Pesalah Pertama dibezakan dengan pemakaian kesalahan lampau.
Pesalah Pertama tidak lagi dikira pesalah pertama apabila pernah ada sabitan jenayah sebelum ini tanpa mengira kesalahan dan tempoh sabitannya. Walaupun ia sabitan yang terlampau lama. Maka seksyen 294 tidak boleh terpakai untuknya. Rujuk kes - PP vs. #Samiyah (2009)
Berbeza pemakaian isu kesalahan lampau yang diputuskan ada had masa dan tertakluk kepada kesalahan sama jenis.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

Older Post ►