Friday, May 15, 2020

[614.20] 13 MEI 2020 - DIARI KES PENUH


Saya cadangkan #Mahkamah turut dapatkan tarikh lapang #peguam dan #pendakwaraya untuk tetapkan tarikh sebutan dan bicara.
Sepanjang pkp, ada banyak kes telah tertangguh. Nampaknya Mahkamah telah berebut menetap kes tertangguh tersebut pada 13.05.2020 iaitu hari pertama selepas #PKP5.
Setakat ini untuk 13.05.2020, saya dah dapat tarikh bicara di Mahkamah Tinggi, Mahkamah #Rayuan dan Mahkamah #Sesyen. Manakala #Sebutan Sebelum Bicara sedang berebut masuk bagi semua Mahkamah di seluruh Malaysia bagi kes tertangguh.
Dalam masa yang sama, sepanjang minggu depan ada kes Bicara #jenayah yang telah ditetapkan semenjak Januari 2020.
#Cadangan ini mengelakkan salah faham bagi ketidakhadiran atau persediaan peguambela/pendakwaraya.
Nota: Ramai orang salah faham tentang sikh sebab serban.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►