Friday, May 15, 2020

[613.20] KEPENTINGAN MEMAHAMI PERTUDUHAN DI DALAM KES JENAYAH

Pertuduhan merupakan salah satu elemen penting di dalam sesuatu kes jenayah. Tujuan #pertuduhan adalah untuk memberikan penjelasan secara ringkas berkenaan kesalahan yang telah dilakukan oleh tertuduh sehingga menyebabkan tertuduh didakwa. Pihak #pendakwaan akan membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam pertuduhan.
Pertuduhan juga bertindak sebagai #elemen penting untuk membolehkan tertuduh untuk membela diri. Berdasarkan pertuduhan juga akan membantu mahkamah untuk mengenalpasti atau menjangkakan keterangan yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Secara mudahnya, pertuduhan bertindak sebagai maklumat asas dan utama di dalam setiap kes jenayah.
Seksyen 152 Kanun Tatacara #Jenayah memperuntukkan bahawa setiap pertuduhan perlu untuk merangkumi beberapa maklumat penting seperti masa, tarikh, tempat, kesalahan yang dilakukan, cara kesalahan dilakukan secara ringkas, harta yang terlibat, mangsa yang terlibat serta peruntukan undang-undang yang berkaitan.
Memandangkan pertuduhan adalah elemen penting idi dalam sesuatu kes jenayah, sekiranya terdapat kesalahan di dalam kertas pertuduhan tersebut, ianya akan mencacatkan keseluruhan kes pendakwaan kerana menyukarkan matlamat untuk mencapai keadilan.
Apabila didakwa di mahkamah, pertuduhan akan dibacakan kepada tertuduh berserta dengan fakta kes. Semasa pertuduhan dan fakta kes tersebut dibacakan, tertuduh perlu mendengar dan memahami keseluruhannya sebelum membuat sebarang #pengakuan sama ada terhadap pertuduhan mahupun terhadap fakta kes.
Berdasarkan pertuduhan tersebut, tertuduh akan mengetahui perincian kesalahan yang dilakukan berserta #hukuman yang akan dikenakan sekiranya tertuduh didapati bersalah.
Mahkamah perlu untuk memastikan tertuduh betul-betul memahami pertuduhan dan fakta kes yang telah dibacakan sebelum merekodkan sebarang pengakuan oleh tertuduh.
Maka, amatlah penting untuk tertuduh memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan semasa pertuduhan dibacakan.
Keyron Nisa
Mei 2020

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►