Thursday, December 5, 2019

[495.19] BANTAHAN PEMINDAHAN KES SOSMA KE MAHKAMAH TINGG




Ramai bertanya tentang isu bantahan kepada pemindahan kes SOSMA saya semalam di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang. "Bagaimana nak bantahan permohonan tu.?" Itu kebanyakan contoh soalan.
Bantahan mudah sahaja. Cakap bantah dan mohon rekodkan sahaja.
Pertuduhan lain-lain situasi dan saya hanya tumpukan kepada anakguam saya sahaja. Deraf pertuduhan adalah berbeza-beza. Maka akan ada isu di bawah Akta berkaitan berkenaan pertuduhan juga.
Ini juga bukan bidangkuasa Mahkamah Tinggi secara ekslusif kecuali melalui seksyen 12 SOSMA dan beberapa peruntukan lain.
Dibezakan dengan bidangkuasa eklusif seperti kes bunuh, disebut di mahkamah rendah dan dipindahkan melalui permohonan di bawah Seksyen 177/177A KAJ.
Sepanjang masa pertuduhan tersebut (2 pertuduhan sahaja) adalah bidangkuasa Mahkamah Sesyen sepanjang masa. Maka penindahan adalah permohonan yg masih ada kuasa budibicara kepada Mahkamah Sesyen untuk putuskan pernohonan tersebut.
Adakah seksyen 12 terpakai kepada seksyen 26E ATIPSOM dalam semua sudut atau terpakai kepada kes pertuduhan melibatkan elemen/unsur seksyen 12 dipenuhi secara ketat oleh pendakwaan?
Persoalan yang sama boleh dilihat kepada Mahkamah, tetapi poin/ alasan ringkas telah dihujahkan dan direkod semalam mungkin menarik minat Mahkamah dalam isu ini.
Bukanlah dikatakan akan dibenarkan atas isu-isu tersebut, tetapi satu langkah dalam memberi tafsiran dan perluasan pemahaman tentang seksyen 12 SOSMA yang amat ringkas itu.
Mungkin langkah kecil ini akan diteruskan oleh rakan peguam terpelajar kemudiannya dan akan memberikan tafsiran dan precedent baik kepada perundangan negara. Saya percaya rakan peguambela lain semalam semua setuju bahawa ia satu keperluan buat masa ini dan bersetuju dengan bantahan tersebut.


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►