Saturday, May 25, 2019

[385.19] KEPENTINGAN BAHASA



[385.19] KEPENTINGAN BAHASA

Ada seorang prospek klien daripada Afrika yang berbangsa india. Bukan India Malaysia. Emel yang diterima dalam bahasa yang difahami. Dia menelefon beberapa hari yang lalu dan menceritakan mengenai kes penipuan yang dikatakan di tipu oleh warga Malaysia dalam beberapa ratus ribu pound.

MasyaAllah, saya tidak menangkap butiran percakapannya atas pelat indianya yang terlalu pekat. Saya letak gagang dan menyatakan suruh call balik kerana ingin selesaikan 2-3 perkara.

Dia emel lagi lanjutan kisahnya dan penipu itu. "Tell me when you are free". Dia nak call lagi. Tapi saya benar-benar tidak mampu memahami bahasa inggerisnya bila pelat terlalu pekat.

Rasanya sudah sampai masa belajar Tamil.

Belajar bahasa satu kelebihan. Memahami situasi dan budaya yang berbeza. Jom belajar bahasa orang..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►