Saturday, May 25, 2019

[384.19] PENYEDIAAN PEMBELAAN


[384.19] PENYEDIAAN PEMBELAAN

Pembelaan jenayah ada disebut jelas beberapa pembelaan yang dibenarkan di dalam Kanun Keseksaan. Manakala yang lain pembelaan dalam bicara adalah pembelaan bersifat teknikaliti perundangan dan fakta (menimbulkan keraguan) kepada prinsip Prima Facie dan Beyond Reasonable Doubt.

Antara masalah kepada peguambela bila OKT terlebih bijak dengan mengambil nasihat-nasihat pelik daripada banduan lain yang kononnya mendapat ilmu daripada kes mereka mahupun daripada peguambela lain.

Samada mereka salah faham, atau peguambela yang bagi ilmu itu tidak faham kerja pembelaan jenayah. Entahlah..

Bila asas pun tidak difahami, klien lebih sembang seolah kes pembelaan mereka mudah. Pembelaan bukan nak cakap asas undang-undang sahaja. Kami dah went thru semua precedent cases, kami datang dengan pro and cont kepada klien.

Aduh!.. selambanya OKT bila sembang tahu serba serbi. Macam peguambela pula diajarinya. Kami peguambela pula yang rasa gelabah memikirkan kes mereka.

"......... Kau bawak dadah dalam perut la wei" Aku mati ayat. Dia diam.

Astagfirullah..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►