Saturday, May 25, 2019

[358.19] BICARA DS NAJIB SECARA LIVE


BICARA DS NAJIB SECARA LIVE
Pertama perkara sedemikian tidak dibenarkan #perundangan tetapi prosiding bicara penuh adalah bersifat public dan boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja.
Yang tidak live pun jutaan netizen nak jadi hakim dan peguam, kalau live lagi kacau dan prejudis kepada kes. Komen semua mengalahkan hakim tetapi kebanyakan komen daripada mereka yang tidak tahu pun pasal sistem dan #prosiding kehakiman.
Malah akhbar mana-mana negara boleh hadir dan buat liputan mengenainya. Malah boleh dapatkan CRT dalam bentuk video dan ditranskripkan. Dapatkan.
Kedua, jika benar ia satu keperluan untuk diadakan secara live, permohonan boleh dibuat atas nyatakan faktornya dengan menggunakan kuasa peruntukan perundangan sedia ada termasuk kuasa budibucara Mahkamah.
(Okay, sambung skit lagi. Tadi Yang Arif Hakim panggil masuk kamar)
Setakat ini permohonan-permohonan yang dibuat adalah keperluan lain yang mana akan turut membawa kepada penangguhan kes bicara melibatkan DS Najib.
Jangan melatah bab bicara pasal live. Nak tahu terperinci, peguambela DS Najib boleh ambil dan bagi CRT atau hadir sendiri ke Mahkamah. Transkrip lagi terperinci, batuk pun masuk dalamnya. Uhuk! (Batuk).
Kita serahkan kepada mahkamah kerana banyak isu sensitif dan perkara yang kita sendiri tidak tahu dengan jelas.
Apapun, boleh juga lihat pandangan dan update facebook Dato Seri #Najib.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►