Saturday, May 25, 2019

[357.19] HAK MEMILIH PEGUAM ATAS FAKTOR FEE


HAK MEMILIH PEGUAM ATAS FAKTOR FEE
Semalam berlegar di facebook tentang seorang peguambela wanita berbangsa melayu konon terdapat beberapa perkara negatif tentangnya. Saya tidak rasa yang menulis artikel memburukkannya itu adalah kliennya.
Nasihat saya kalau ada perkara melibatkan misconduct semasa beliau kendalikan fail anda, buat laporan rasmi kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam. Boleh disiasat dan huraikan kekeliruan. Jika slaah, peguambela itu boleh dikenakan hukuman.
Artikel sedemikian hanya mengundang masalah dan persepsi salah kepada mana-mana pihak.
Cuma saya nak sentuh satu benda. Pasal fee. Kononnta peguam itu telah caj berlebihan dan membuat klien bergadai harta untuk membayar legal fee.
Bab fee adalah budibicara peguambela. Lawyer A dan lawyer B adalah berlainan. Bergantung kepadanya berapa nak charge.
Jika anda tidak setuju dengan fee, anda boleh memilih peguambela yg lain. Hak anda untuk memilih. Fee yang ditetapkan adalah pertimbangan penuh peguambela kepada jenis dan kompleksiti kes. Mungkin lawyer juga boleh dan berikan diskaun yg berpatutan walaupun pengalamannya menyatakan sebaliknya.
Jangan marah-marah!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►