Monday, December 10, 2018

[337.18] SETINGGAN



Setinggan adalah satu perkataan yang digunakan untuk gambarkan satu pembinaan haram dibuat tidak tertakhluk kepada rumah dan kediaman semata-mata tetapi juga pondok, wakaf, stor, tempat ritual dan sebagainya.

Isu perundangan kepada setinggan adalah simple. Dengan berpandukan sistem torren iaitu sistem pendaftaran hak milik tanah iaitu hakmilik adalah milik kepada penama yang didaftarkan. Selagi mana pembinaan dibuat atas premis tanah bukan miliknya dan tanpa kebenaran sah daripada pemilik atau pihak berkuasa tempatan atau pihak negeri maka ia suatu pembinaan haram. 

Memandangkan pembina bukan pemilik maka ia berhak dihalau keluar daripada tanah/premis tersebut tanpa pampasan. 

Kenapa ada pembayaran pampasan. 
Pampasan diberikan atas budi bicara pemilik tanah/premis. Tidak ada pampasan diberikan kecuali atas faktor telah mendiami lama premis tersebut tanpa tindakan menghalau daripada pemilik premis yang secara tersirat berikan satu hak melalui equity seolah-olah tindakan itu tidak dibantah.

Walaupun begitu, siapa pemilik, merekalah yang berhak kepadanya. Tindakan yang bermoral ialah mengembalikan hak orang dan keluar dengan rasa syukur dengan tempoh mendiami premis pada suatu tempoh yang lama.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►