Monday, December 10, 2018

[329.18] AMBIL UNTUNG ATAS ANGIN DENGAN MENIPU/MISLED PEGUAM


Mesti ingat post status seorang wanita katanya ada seseorang menyamar sebagai peguam dan nama saya digunakan ? Sebenarnya perkara ini sering terjadi kerana nama dan butiran peguam adalah umum dan boleh dilihat melalui website Majlis Peguam Malaysia.

Tindakan itu menyenangkan pengecaman dan elakkan ditipu oleh peguam yang menyamar ataumereka yang tidak mempunyai lesen atau kelayakan sebagai peguam. Tapi masih ramai pihak awam kena tipu. Mereka tidak lakukan pemeriksaan dengan laman web Majlis Peguam Malaysia dan juga tidak membuat transaksi yang sah. Kebanyakkan kes tipu sebegini banyak dilakukan tanpa resit dan bukan di pejabat yang sah.

Jadi pihak awam perlu beringat dan dinasihatkan berurusan di pejabat peguam yang sah sebagaimana dinyatakan di laman web Majlis Peguam Malaysia. Setiap bayaran perlu dibuat kepada peguam dan bukan wakilnya. Setiap bayaran pula mesti diberikan resit. Sekiranya pembayaran dibuat melalui cek atau online, perlu kepada akaun yang sah iaitu akaun yang tercatat nama penerima sama dengan nama firma guaman dan bukan nama syarikat lain atau individu termasuk peguam. Perlu kepada akaun firma guaman.

Orang awam dan penipu juga biasa ambil untung daripada peguam atas angin. Barangkali dia ingat semua peguam tiada pengalaman sebegini. Sebab 2, 3 hari lepas ada lagi yang cuba misled peguam. Saya nak cerita sikit modus operandi mereka agar orang awam tidak tertipu dengan mereka.

Baru-baru ini, ada warga tempatan berkomplot dengan Bangla untuk mengambil untung daripada Bangla yang lain. Apabila ada Bangla ditangkap, ada warga tempatan akan cuba misled peguam untuk mencari peguam dengan rayuan untuk bantuan. 

Dalam masa yang sama, warga tempatan dan Bangla partnernya akan caj fee guaman pada tahap mahal. Contohnya mereka misled kepada OKT bahawa akan boleh selesai segera dan ada peguam untuk tujuan tersebut. Mereka ambil RM1000.00 sehingga RM2000.00 untuk pengakuan salah dan mitigasi dibuat oleh peguambela dengan bayaran RM100.00-300.00 sahaja. Pandai kan ?

Baru-baru ini ada warga tempatan cuba tipu saya dengan bayar separuh perkhidmatan saya, tidak mahu lunaskan separuh lagi. Peguam saya tinggalkan mereka apabila fee yang diterima tidak cukup untuk konsultasi dan travelling pun. Apa jadi pada “klien” mereka ? Boleh agak kan ?

Mungkin mereka ingat ini perkara baru. Situasi ini sentiasa berlaku dan ramai ambil kesempatan atas peguam.

Pihak Mahkamah dan Majlis Peguam Malaysia sentiasa berpesan agar jangan cuba membuat apa-apa urusan kepeguaman melalui pihak ketiga. Lagi berani ada pihak penipu yang guna letterhead peguam untuk kutipan untung atau menipu. Letterhead tersebut diubah. 

Tak kurang juga melalui emel untuk menipu. Artikel lepas kami ada tulis bagaimana penipu antarabangsa menggunakan nama firma guaman kami untuk menghantar emel kononnya ada transaksi melibatkan firma guaman kami. Peguam di London, US dan Australia pernah telefon kami tentangnya. Nasib baik penerima emel rujuk kepada peguam.

Jangan tertipu.
 — at Hisham Nazir & Co - Www.hishamnazir.com.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►