Monday, October 8, 2018

[206.18] KOS LEPAS


Kata orang melayu, "Yang dikendong terciciran, yang dikejar tak dapat"

Begitu juga kami nak pesan buat masyarakat dan rakan-rakan buat menyediakan khidmat profesional. Kata orang servis tidak nampak dan patut murah. Tetapi bila semua di dalam kepala, badan tidak boleh bergerak. Individu tidak boleh diganti.

"Kenapa lawyer nak caj mahal, semua air liur" komen orang kebanyakan.

Maka sebab itu bila klien mahukan kita. Kita lah yang kena hadir dalam memberikan khidmat dan servis. Kalau caj mahal, dikatakan mahal. kalau caj awalan, dikatan baru nak bincang. 

Ada kami terpaksa melepaskan meeting dengan CDEF kerana nak tunggu meeting dengan A. Sekali A tidak hadir. Berapa banyak masa rugi. Sebab itu antaranya caj konsultansi profesional dikenalkan.

Bila melakukan kerja, terpaksa menolak dan menangguhkan kerja di tempat lain. Sekali hadir, kerja dibatalkan atau ditangguhkan kerana pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan. Rugi lagi masa dan kos. 

Sebab itu kami sering sebutkan 'hantu raya' bagi menyindir orang nakkan khidmat tetapi tidak mahu membayar kos dan fee.

Profesional menyediakan khidmat. Jika tidak bersesuai, sentiasa ada pilihan kedua. Jangan mengata kepada peguam baik akauntan mahupun doktor. 

Takkanlah anda nak doktor bedah pakar tetapi nak bayar kos khidmat untuk housemanship.
 — atHisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►