Friday, September 7, 2018

[182.18] PENGAMPUNAN KEPADA HUKUMAN GANTUNG BAGI KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN



Hari ini melawat 3 banduan akhir yang mana Mahkamah Persekutuan telah memberikan atau mengekalkan sabitan dan hukuman gantung sampai mati bagi kes melibatkan pengedaran dadah.

Selepas diputuskan hukuman dikenakan ialah hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutuan, samada hukuman dikekalkan daripada Mahkamah Rayuan atau satu overturn kepada keputusan sebelumnya, maka satu lagi peluang adalah berkenaan pengampunan daripada Ketua Kerajaan setempat samada Sultan bagi negeri bersultan manakala YDP Agong bagi negeri-negeri tiada Sultan.

Selain pengampunan, peluang semakan kepada keputusan tersebut boleh dibuat kepada Mahkamah Persekutuan. Ini bincang lain kali.

Proses permohonan pengampunan ini boleh dibuat kepada badan (board) di raja sesebuah negeri atau Istana Negara dalam bentuk permohonan biasa melalui surat sebagaimana protokol khusus koresponden kepada pihak Sultan atau YDP Agong.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►