Friday, September 7, 2018

[181.18] HUKUMAN SEBATAN SYARIAH DIKHALAYAK AWAM




"Boleh ke Mahkamah Syariah sebat orang macam itu"

Bagi saya perlaksanaan ini masih di lakukan secara tertutup tetapi sudut undang-undangnya, ia telah dilakukan secara terbuka dan disaksikan oleh orang-orang awam dan juga pihak-pihak tertentu.

Ia dilakukan oleh pihak yang mahir iaitu pihak Penjara Malaysia dan bawah aturan dan kehendak Islam sebagaimana digariskan oleh pihak Mahkamah Syariah sendiri.

Tiada isu perundangan dan Mahkamah Syariah sememangnya ada kuasa memberikan hukuman sebatan kepada mana-mana pesalah jenayah syariah sebagaimana tertakluk kepada Akta/Enakmen Jenayah setiap negeri di Malaysia.

Cuma perlaksanaan itu masih memerlukan bantuan Jabatan Penjara Malaysia selaku badan perlaksanaan hukuman di Malaysia.

Ini tiada kaitan politik kenegeriaan atau mana-mana fahaman dan ia adalah kuasa Mahkamah Syariah.

Tahniah kepada Ketua Hakim Mahkamah Syariah Terengganu.

InsyaAllah antara masalah utama Mahkamah Syariah ialah perlaksanaan yang melibatkan jabatan kerajaan. Sebagai contoh kerjasama PDRM dan Jabatan Penjara. Sekiranya ia dipermudahkan, banyak masalah boleh diselesaikan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►