Wednesday, March 14, 2018

[068/2018] JENAYAH KOMPUTER/SIBER


Jenayah komputer/siber adalah jenayah yang menggunakan komputer atau talian semasa melakukan jenayah. Kebanyakan orang beranggapan jenayah komputer/siber hanyalah kesalahan seperti mengakses data komputer tanpa kuasa atau kesalahan melibatkan media sosial. 

Sebenarnya jenayah komputer/siber boleh juga berlaku dalam kesalahan traditional lain seperti menipu, pemalsuan,menjual bahan terlarang atau apa sahaja asalkan ianya dilakukan menggunakan komputer/talian. Kesalahan jenayah yang di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah seperti mempersenda Al-Quran, memungut zakat tanpa kuasa yang dilakukan menggunakan talian juga adalah satu kesalahan jenayah siber. Samada Pegawai Pendakwa Mahkamah Syariah mahir atau tidak dalam mengemukakan keterangan digital/elektronik adalah isu lain.

Kesimpulannya komputer, peranti atau aplikasi hanyalah “alat” untuk melakukan jenayah dan kesalahan komputer/siber boleh berlaku di bawah mana-mana Akta.

Kredit kepada
Dato Mohd Sophian Zakaria
MCMC, Cyberjaya
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►