Monday, January 15, 2018

WANITA LEBIH 25 TAHUN DIBENARKAN MEMASUKI ARAB SAUDI TANPA MAHRAM


Sebagaimana kita tahu sebelum ini Arab Saudi atas kemaslahatan umum hanya membenarkan kehadiran wanita muslim terutama dalam mengerjakan umrah dan haji ditemani mahramnya atau suaminya kecuali dibenarkan kepada wanita melebihi umur 45 tahun sahaja.

Dengan pembaharuan ini (belum bermula) mungkin akan memberikan peluang baru untuk kehadiran wanita muslim yang lebih muda dan mempunyai masalah ditemani mahram atas dasar masih belum berkahwin atau kesihatan mahram atau pasangan.

Pengumuman ini telah melihatkan pro dan kontra kepada isu ini. Kami percaya pengurangan faktor umur masih relevan tetapi tidak serendah itu atau faktor teman masih dikekalkan dan tidak sebagai teman atas kelompok yang terpakai kepada wanita atas umur 45 tahun kini.

Mungkin ada faktor dan statistik yang menjuruskan perubahan ini atau melibatkan visi 2030 yang sedia melibatkan 2 tanah haram tersebut.

Semoga Allah permudahkan segalanya.

Kredit kepada Bharian.com.my 

JEDDAH: Wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong, kata jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH).

Namun, menurut Arab News, kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah, dan mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk masuk ke negara itu.

Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata: "Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari.

"Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah".

Baru-baru SCTH berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini.

"Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamadkan.

"Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini, dengan kerjasama wakil Pusat Maklumat Kebangsaan dan Kementerian Luar," kata Omar kepada Arab News.

Sementara itu, pelaksanaan sistem visa pelancong sepanjang 2008 hingga 2010, berjaya menarik lebih 32,000 pelancong mengunjungi Arab Saudi.

Ketika ini, prosedur pengeluaran visa itu dikendalikan beberapa syarikat pengendali pelancongan yang diberikan lesen oleh SCTH.

Inisiatif visa pelancong ini bertujuan menaik taraf sistem visa pelancong sedia ada bagi membolehkan orang ramai meneroka destinasi baharu pelancongan di Arab Saudi.

Ia sekali gus bertujuan menjana sektor pelancongan dan membangunkan perkhidmatan pelancongan serta warisan di negara itu.

Dalam pada itu, ia juga sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kebangsaan 2020 untuk mencapai Wawasan 2030 yang memberi tumpuan kepada industri pelancongan. - Agensi (Arab News)

Nota: Gambar hiasan
Update: Katanya terjemahan english- melayu silap. Biar betul
 — at Hisham Nazir & Co - Www.hishamnazir.com.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►