Thursday, November 16, 2017

KEBEBASAN BERSUARA



"Kalau cakap sikit kena tuduh hasut di mahkamah, semua orang takutlah" 

Malaysia mempunyai hak #kebebasan bersuara tentang apa sahaja. Anda boleh mengeluarkan pandangan apa sahaja kalau anda rasa itu pandangan yg akademik dan benar (pada anda setelah dirujuk pada fakta) dalam mana-mana bentuk percakapan, penulisan, gambar dan sebagainya.

Pandangan dan pernyataan perlu diingatkan bahawa biarpun ia diberika n kebebasan dan hak#peribadi tetapi Malaysia tertakluk kepada kesan selepas pandangan dikeluarkan. Anda bertanggungjawab penuh ke atasnya sebagaimana peruntukan perundangan #Malaysia.

Perundangan #Jenayah
Jika pernyataan anda adalah tidak benar dan mempunyai elemen menghasut, anda boleh didakwa di bawah beberapa peruntukan undang-undang jenayah dan dikenakan pertuduhan dan proses biasa dalam kes jenayah.

Perundangan #Sivil
Anda boleh disaman atas pernyataan yang tidak benar dan #fitnah samada telah dikenakan pertuduhan jenayah atau tidak. 

#Konflik Kepentingan
Sekiranya pernyataan yang dikeluarkan dalam konteks pihak-pihak anda sendiri atau terdekat mempunyai kepentingan ke atasnya, anda atau hubungan terdekat boleh disingkirkan daripada terlibat dalam perkara berkaitan serta apa-apa yang memprejudiskan subjek atau pihak yang terlibat.

Kalau tanya sudut perundangan, pesan saya mudah. Bercakap tentang suatu perkara yg anda benar -benar faham tentang faktanya dan bersedia untuk bertanggung jawab ke atasnya. Serta anda mempunyai kepentingan khusus ke atas perkara tersebut. Kalau tiada, elakkan takut makan diri.

Itulah situasi kebebasan bersuara di Malaysia. "Anak kao kata kao bodoh ( kebebasan bersuara). Balik rumah kang kao lempang dia (Penguatkuasaan)" - @Buzze Azam

Boleh hadam?

More articles:
fb.com/criminallawyermalaysia
instagram.com/hishamnazirdotcom
twitter.com/hishamnazirco
www.hishamnazir.net
 — at Kuching International Airport, Departure Hall.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►