Di airport Penang jumpa seorang lelaki.
Ditegur sempat berborak seminit dua.
Dia bertanyakan kes memiliki dadah
Katanya sepupu dia kena #tangkap bersama 4 biji pil.
Kuasa #viral memberi peluang dia kenal saya sebagai peguam. Kalau dia dah komen negatif, mungkin dia tarik balik nanti. Allah atur sebaik mungkin. InsyaAllah!
Kes dadah dalam isu pemilikan adalah bergantung kpd berat. Berat pula bergantung kepada jenis#dadah. Daripadanya kita tahu pertuduhan seksyen mana dan daripadanya kita tahu #bidangkuasamahkamah.
Kalau jenis dadah sintetik, berat sedikit sudah cukup untuk pertuduhan yg lebih berat berbanding dadah seperti #ganja.
Contoh:
kalau berat (senaraian berat boleh dilihat kpd s.37 Akta Dadah Berbahaya 1952 sebagai contoh) melebihi tahapnya boleh dituduh di bawah seksyen#39B yang mana membawa hukuman mati. Bidangkuasa mahkamah #tinggi.
Ringan sikit bawa kpd s.39A(2) yg ada hukuman penjara dan sebatan minima dan tidak boleh dijamin keluar. Bidangkuasa #mahkamah #sesyen.
Manakala s.39A(1) boleh dijamin dan hukuman lebih rendah oleh bidangkuasa mahkamah #majistret.
Itu sekadar contoh.
Kerja semua ok?
"Line clear"
Terima kasih #Penang. Saya pulang dulu!
For other articles, visit:
fb.com/
instagram.com/
twitter.com/hishamnazirco
www.hishamnazir.net
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..