Friday, April 7, 2017

PEMBELAAN PROVOKASI - "ISTERI ANDA MESEJ GAMBAR BOGEL PADA LELAKI LAIN?"


Dalam kes jenayah ada beberapa pembelaan adalah sah untuk digunakan sebagai pembelaan.
Peguambela harus menimbulkan rentetan kes yang baik bagi menunjukkan adanya provokasi samada ia bersifat provokasi keterlaluan secara tiba-tiba ataupun terpendam dalam tempoh tertentu (provokasi berterusan).

Pendek cerita, dalam sesuatu elemen jenayah perlu adanya niat (mens rea) dan dalam kes provokasi, mangsa atau pihak lain telah membangkitkan satu emosi tinggi yang menekan keterlaluan melampauai akal pelaku jenayah sehingga melakukan jenayah. Tak paham?

Emosi menggerakkan perbuatan melebihi akal atas sebab tindakan tertentu daripada mangsa atau pihak ketiga. Ok, faham tak?

Peguambela perlu harus menjalankan tugas dengan penuh sabar dalam kes provokasi kerana tugasan pembelaan untuk membuktikan jelas adanya provokasi.

Keterangan harus teliti dan cukup untuk membuktikan bagaimana provokasi itu mengakibatkan tindakan jenayah tersebut.

Provokasi boleh terjadi serta merta. Sebagai contoh, dengan provokasi mulut dan perkataan yang menghina keterlaluan menyebabkan Orag kena Tuduh telah mencekik atau menikam atau memukul atau apa sahaja jenayah kepada mangsa.

Provokasi boleh jadi serta merta atau tertunda (ambil masa) yang sehingga adanya seolah niat jelas untuk melakukan jenayah. Sebagai contoh, dalam kea tersebut A meninggalkan mangsa dan kebelakang rumah untuk mengambil parang yg kemudiannnya digunakan untuk menetak mangsa.

Kalau ikut pada situasi niat jelasnya ada (Fook Mun Lee Case). Tetapi jika peguambela mampu menunjukkan provokasi berterusan, maka OKT boleh dibebaskan atas pembelaan tersebut.

Contoh; A menetak mangsa dengam parang yang diambil dari garajnya. Tetapi A berjaya membuktikan terdapatnya provokasi seperti mental torture selama bertahun dan berlaku setiap hari dengan penuh penghinaan dan caci maki serta mencabar kerhormatannya, maka kebarangkalian provokasi telah dibuktikan adalah tinggi.

Itu contoh! (bak kata Jep Sepahtu)

Cuba bayangkan kes kalau tetiba suami tengok ada mesej banyak antara isteri dan lelaki lain dengan gambar seksi dan bogel isteri kepada lelaki lain.

Lelaki asing itu pulak kantoi telefon isteri anda. Kantoi atau diakui dengan bangga yg mereka dah terlanjur. Cuba fahami situasi pembelaan provokasi tadi jika berlaku apa-apa tindakan suami atas emosi dan berlakunya jenayah.

Cuba fikir dulu.
Fikir sunggguh-sungguh sebab saya nak gi makan dulu! Test drive sepukul..

KLIK LIKE & SHARE
@hisham nazir
Subang Jaya | Sungai Petani
+6013-9307961
www.hishamnazir.com | www.hishamnazir.net
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►