Friday, April 7, 2017

INGATAN DIRI SENDIRI - "KLIEN BAYAR PENUH, PEGUAM KENA BUAT KERJA SUNGGUH-SUNGGUH"


Saya melawat satu anakguam yang baru dilantik bagi kes rayuan. Dia dipenjarakan 7 jam perjalanan daripada pejabat saya. Sampai di sana, pergerakan dihentikan bagi pengiraan sebelum sessi warden baru.

Hampir sejam menunggu
Apabila beliau sampai bertemu mata. Beliau sangat-sangat gembira berjumpa saya. Dia dihukum penjara hampir puluhan tahun dengan sebatan yang banyak.

"jangan gembira sangat, saya peguam biasa-biasa je" kata saya yang agak mengantuk setelah hampir sejam menunggu.

Anakguam memberikan jawapan yang menyentapkan jiwa, katanya "Peguam sebelum ini tidak melawat pun saya. Malah tidak berbincang pun kes saya di Penjara kecuali masa jumpa di Mahkamah 1-2 minit. Keluarga saya bayar bukan tak bayar, Tuan"

Dalam tangis beliau menceritakan kesnya. Dia ikhlas mengakui telah berbuat jahat tetapi jelas semuanya secara tidak sengaja atas provokasi yang amat tinggi. Malangnya ia tidak dikukuhkan semasa bicara.

Lebih menginsafkan lelaki ini menerima rawatan psikiatri dan mengambil ubatan semenjak kes ini dibicarakan. Tanpa permohonan rasmi pernah dibuat kepada Mahkamah untuk dirujuk kepada Jabatan Psikiatri bagi kes tersebut.

Astagfirullah!

KLIK LIKE & SHARE

Hisham Nazir
Sungai Petani & Subang Jaya
+6013-9307961
www.hishamnazir.com | www.hishamnazir.net
 — at Hisham Nazir & Co - Www.hishamnazir.com.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►