Friday, April 7, 2017

PELUANG


Bak kata orang dulu-dulu;

"Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan"

Orang kata peluang datang sekali sahaja
Orang juga kata peluang mai tak tentu tempat dan masa
Semua orang nak peluang dan rembat apa sahaja di depan mata

Peluang hanya satu perkara
Untuk pertimbangan sementara ada
Untuk direbut atau dibiarkan sahaja
Akhirnya ia menentukan kita hamba atau raja

Bila peluang mai dekat saya
Dia seolah berkata-kata;
"Ise, ambiklah setakat mana ada dan masih terbuka"

Tapi saya balas balik kat dia;
"Biar saya fikir dan tengok seketika.
Saya bukan jenis tamak dan gila"

Peluang nak pergi, takleh nak kata apa
Semua orang kata peluang mai sekali sahaja
Saya pulak nak kata;

"ingat senang peluang nak jumpa saya?"
 — supporting Proud To Be Me at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►