Friday, April 7, 2017

JANGAN HENTIKAN KEBAIKAN

Hari ini kali kedua Yang Arif Hakim membatalkan bicara
Dibatalkan saat akhir setiap kali
Klien mungkin risau kerana asyik bertanya
Takkan Yang Arif kebetulan ada kecemasan
Setiap kali ditetapkan untuk Bicara kesnya

Semalam Timbalan Pendaftar hubungi saya secara personal
Sempat saya bertanyakan kenapa kerap ada kecemasan
Bila diketahui, saya ingatkan Arwah Abah

Memang itu tanggungjawab Yang Arif Hakim
Selaku anak yang baik kepada ibubapa beliau
Semoga urusannya dipermudahkannya sebagaimana dipermudahkan urusan kami semua olehnya

Ada kebaikan yang dibuat kerana tanggungjawab dan amanah
Berbuat baik adalah satu pilihan dalam hidup
Ia bukan soal besar dan kecil satu kebaikan
Tetapi samada ia berterusan dan ikhlas

Janganlah tinggalkan kebaikanmu
Baik kecil atau besar kebaikan itu
Mungkin itu yang menjadi perkiraan Allah buat kita
Selama ini reflek kepada rezeki, sihat dan bahagia seharian kita
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►