Friday, April 7, 2017

PENJELASAN PATUH SYARIAH


"Adakah perlu kepada semua itu (bertudung)"

Firma saya kecil, amat kecil
Skala biasa-biasa bagi firma kenit
Tiada panel litigasi mahupun conveyancing
Semuanya datang Allah hantarkan

Ada rezeki biarpun tidak meminta
Tidak terikat dengan gaya pemasaran dan meminta-minta
Maka adil rasanya kalau saya kena bersyukur lebih sikit
Lagipun bukan untuk saya tetapi untuk mereka

Seorang peguamcara dari Penang bertanyakan masalah
"kakitangan saya ni masalah betul. Dahla tak solat"
Bagusnya firma saya letak khas tentang solat dalam kontrak
Sebab saya ingat satu peguam senior (bukan Islam) berkata;
"orang ini (muslim) saya ambil dan amat percaya pasal dia solat"

Saya percaya kalau orang itu baik agamanya
Kerjanya akan jadi mudah
Bos jadi tenang dan selesa
Lagipun bodoh mana sekalipun, boleh diajar
Nak letak agama dalam hati, sukar

Bila ada resume dan permohonan masuk
Bagi yang tidak bertudung, saya akan jawab awal
"kami bukan baik-baik tetapi cuba untuk patuh syariah. Sebaiknya menutup aurat. Jika masih berminat, sila maklumkan kami"

Dosa pahala mereka sendiri tanggung
Setidaknya ayah mereka menanggung
Seeloknya belilah tiket syurga untuk ayah sendiri
Kata sayang ayah..

Lagipun bila berada di firma saya
Semua itu di bawah tanggungjawab kami
Untuk terbaik kepada persekitaran semua
Maka saya menggunakan hak saya untuk memilih

Jika tidak difikirkan kerana agama sekalipun
Saya masih bos yang pentingkan keuntungan dalam kerja
Mesti mencari yang amanah

Ini bukan dikriminasi
Sebab polisi ini hanya kepada muslim
Kerana setiap muslim ada tata cara hidup yang Allah tetapkan
Kalau muslim nak marah juga
Saya cuma nak kata;
"Kao bangang!"

Salah ke kata begitu?
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►