Friday, April 29, 2011

Rayuan Sabitan & Hukuman Gantung Sampai Mati Di Tangguhkan.


Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan satu tarikh pengurusan kes terhadap satu kes rayuan di bawah sabitan dan hukuman mengedar dadah yang mana Perayu telah dijatuhkan hukuman gantung sehingga mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kes tersebut yang ditetapkan untuk pendengaran rayuan kali kedua terpaksa ditangguhkan atas alasan kegagalan pihak Mahkamah Tinggi membekalkan rekod rayuan tambahan kepada pihak-pihak terlibat yang mana rekod rayuan tambahan adalah perlu kerana rekod rayuan sedia ada hanyalah 40 mukasurat yang tidak melampirkan kesemua hujahan dan eskhibit termasuk kertas pertuduhan.

Pihak Mahkamah Rayuan yang bersetuju dengan peguambela Encik Hisham Nazir selaku peguambela Perayu  turut memberikan arahan untuk memfailkan Petisyen Rayuan dalam masa 10 hari.



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►