Saturday, April 30, 2011

Perbicaraan Kes Rompak Berkumpulan Diteruskan


Ampang: Mahkamah Sesyen meneruskan perbicaraan terhadap 3 warga tempatan atas pertuduhan rompakan berkumpulan ke atas warga asing tahun lepas. Seorang tertuduh diwakili peguam manakala 2 lagi tidak diwakili. Seorang lagi Tertuduh dibebaskan tanpa dilepaskan atas budibicara pihak pendakwaan apabila tidak mencukupi bukti bagi meneruskan pertuduhan ke atasnya.

Dalam tarikh yang lepas, pihak mangsa mengakui bahawa semua tangkapan dibuat apabila ditunjukkan mangsa kepada pihak polis 2 hari selepas kejadian yang mana terdapat 8 pihak yang terlibat dan hanya 4 tangkapan dibuat oleh pihak polis.

Semasa disoal balas oleh Peguambela, mangsa memaklumkan mahkamah bahawa kesemua tertuduh dicamkan iaitu seramai 4 orang yang mana kesemuanya dicamkan mukanya. Dalam masa yang sama menyatakan tidak mengenali Tertuduh Kedua kerana hanya memasukki rumah mangsa sekejap dan terus keluar daripada situ.

Semasa diminta mengenalpasti sekali lagi, mangsa menunjukkan ke arah 4 orang tertuduh di dalam kandang salah tanpa sedari yang salah seorang tertuduh telah dibebaskan dan seorang lagi adalah terlibat dalam kes yang lain dan individu tersebut adalah berbangsa cina.

Apabila ditanya oleh Mahkamah mengenai kesahihannya, mangsa bersetuju keempat-empatnya adalah saspek yang dikenalpasti dalam kawad cam walaupun Mahkamah telah membaca nama orang ke empat berkenaan.

Kes bersambung minggu hadapan.


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►