Tuesday, March 29, 2011

Video Seks Anwar Ibrahim: Bagaimana Para Sahabat Menyembunyikan Aib?


Video belum keluar lagi. Tokey CD masih frust menanti. Apa pun cerita ceriti telah menular lebih laju dari biasa.

Apa pun Uichi Gaban tertarik dengan banyak komen mengenai movie terbaru Anwar Ibrahim yang membabitkan beliau dengan pelacur luar negara itu. Dengan kucar kacir prosedur perundangan dan bias dalam satu pihak menayang wayang berkenaan sehingga komen dan entri daripada pandangan politik.

Tetapi yang paling menarik mengenai tulisan Dr. Asri berkenaan video berkenaan dalam konteks dosa fitnah dan politik yang berlaku dalam Malaysia serta banyak lagi termasuk bagaimana kalau ia suatu kebenaran sekalipun, adalah perlu melalui saluran yang betul dalam melindungi aib saudara seagama dan mendapatkan kebenaran. Rasanya ramai telah membaca mengenainya.

Berbalik kepada cerita aib, Uichi Gaban ingin berkongsi tentang suatu perkara yang mana mungkin ada yang tahu mengenainya tetapi tidak perasan. Pernah belajar kitab hadis?

Kalau kita pernah membeli atau memiliki atau pernah belajar ilmu hadir baik sekecil kitab Hadis 40 sehingga kita hadis muktabar daripada ulama hadis seperti Ulama'-Ulama' Bughawi tentu kita perasan satu hadis iaitu hadis mengenai niat. "Inna a'malubinniat......sehingga akhir"

Hadis tersebut ramai yang pakai untuk menghalalkan yang haram dengan pergantungan kepada niat tetapi bukan itu ingin dibincangkan pada hari ini. Hadis ini dimulakan dalam semua kitab hadis atas faktor status hadir berkenaan yang tartil dan disepakati oleh semua sahabat. Tetapi lebih menarik tentang asbabnya.

Hadis tersebut dinyatakan oleh Rasullulah SAW selepas penghijrahan wajib umat Islam daripada Kota Mekah. Maka pada masa tersebut terdapatnya seorang sahabat yang turut berhijrah bersama Rasullulah SAW. Sebelum penghijrahan itu, sahabat berkenaan telah meminang seorang gadis yang cantik dan baik budi pekertinya.

Setelah arahan penghijrahan dikeluarkan oleh Rasullulah SAW, wanita berkenaan telah berhijrah dan sahabat berkenaan turut berhijrah kerana ingin mengahwini wanita yang dipinang tersebut semasa di Kota Mekah. Tetapi yang lebih menarik yang jarang kita perasan ialah walaupun itu hadis tartil dan diketahui mengenai pada zaman itu, tetapi hanya wanita berkenaan diketahui namanya serta gelaran.

Nama sahabat yang dimaksudkan pula tidak pernah dikenalpasti oleh para ulama' dan muhadissin. Para ulama' kita dan muhadissin banyak membuat kajian kepada hadis-hadis dan sirah serta sejarah para sahabat. Malah melalui kajian mendalam, sahabat yang dimaksudkan gagal dikenalpasti siapa sebenarnya beliau.

Daripada situasi ini, boleh kita lihat bagaimana sahabat yang melebihi 124 ribu orang pada masa itu boleh menyembunyikan aib seorang sahabat yang lain sehinggakan tiada disebut langsung mengenai perkara berkenaan kepada mana-mana pihak mahupun kepada generasi sama dan selepasnya. 

Kalau diikutkan logik akal, apa yang dilakukan sahabat berkenaan bukanlah satu perkara yang aib berbanding dengan apa yang berlaku kini tetapi bagaimana syariat para sahabat dan keteguhan mereka dalam islam menghalang satu perkara yang dirasakan aib disebarkan sedangkan Rasullulah SAW tiada menegah atau mengarahkan berbuat sedemikian. Kerana bagi mereka Islam menyuruh ke arah menyembunyikan aib saudaranya.

Bagaimana pula kita?


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►