Wednesday, March 30, 2011

Kenapa Anda Perlu Bantu Isteri & Ibu Basuh Pinggan Mangkuk?


Semasa membesar di kampung dulu-dulu, mak ayah selalu berpesan malah mengarahkan yang selepas makan jangan ditinggalkan pinggan dan cawan tidak berbasuh. Nasib baik ada juga arahan dan ajaran itu. Tak ringan sekalipun sekurang-kurang tidak lah terlalu berat untuk membantu dalam bab basuh membasuh pinggan mangkuk.

Tetapi kekadang Uichi Gaban pun pelik ramai para suami berat untuk membantu. Kalau membantu bukan sahaja beri satu senyuman baru di muka isteri tetapi dengan bantuan dan ringan tulang dan sedikit bantuan itu boleh membangkitkan rasa hormat dan sayang kepada anda.

Kata orang bila sayang, anda boleh jimat pelbagai benda termasuk kos dan masa dalam hubungan anda. Itu baru soal basuh pinggan, belum cuci baju lagi. Bukan susah pun, sebab mesin basuh kan banyak membantu.

Cuma nak lebih menarik, biar Uichi Gaban kongsikan kenapa penting sangat tolong isteri basuh pinggan sehingga anda perlu tolong isteri anda kali ini. Selain daripada meningkat rasa hormat dan sayang, rezeki juga ada kaitannya.

Ingat pada pesan Ustaz yang dalam satu senarai dinyatakan oleh ulama' bahawa antara penghalang pintu rezeki bila kita bermalasan untuk membasuh pinggan mangkuk makanan kita. Mahupun malas dan meninggalkan bekasan pinggan mangkuk makan kita tanpa berbasuh.

Tidak pula dinyatakan alasan dan nas mengapa sedemikian, tetapi tidaklah kata-kata ulama' itu kecuali berdasarkan ilmu dan nas yang jelas memandangkan mereka pewaris para nabi.

Dalam bab penghalang rezeki terdapat lebih 20 perkara yang patut kita cegah dan antaranya, jangan malas nak membasuh pinggan sendiri. Tetapi bukan salah tinggalkan untuk isteri lakukkannya sebab isteri bukan minta dibayar pun cuma sebagai ingatan, kalaulah  kita yang buat, tidak rugikan?

Hormat, Sayang dan Rezeki.. Apa kata kita jadikan amalan?




0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►