Thursday, November 25, 2010

Pemandu Lori Terlepas Hukuman Gantung



Ipoh - Seorang pemandu lori hari ini terlepas daripada hukuman gantung apabila beliau yang ditahan dalam serbuan di Bercham Ipoh di dakwa dan dibicarakan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada mulanya kerana mengedar kanabis telah membuat pengakuan bersalah pada hari ini setelah ditawarkan satu pertuduhan pindaan di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.

Sepanjang perbicaraan yang telah ditetapkan selama 5 hari, 3 saksi Pendakwaan telah dipanggil memberikan keterangan sebelum pertuduhan pindaan berkenaan ditawarkan kepada tertuduh.

Mahkamah Tinggi Ipoh yang mendengar hujahan mitigasi yang dilakukan oleh peguam Tertuduh, Encik Hisham Nazir dan pihak Pendakwaan yang diwakili oleh Puan Nor Laila menjatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun daripada tarikh tangkap dan 10 sebatan rotan.


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►