Saturday, December 4, 2010

Perbicaraan Di Bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan Ditangguhkan.


Putrajaya: Pihak pendakwaan memaklumkan Mahkamah bahawa OKT 1 di dalam kes berkenaan telah membuat pengakuan bersalah pada tarikh yang lepas dan telah ditetapkan satu tarikh fakta dan hukuman. Manakala dalam masa yang sama Mahkamah Majistret menolak permohonan Peguambela OKT 2 dan OKT 3 iaitu dua adik beradik lelaki india bagi menangguhkan perbicaraan sementara membuat satu representasi baru kepada pihak Jabatan Peguam Negara.

Antara alasan permohonan yang dikemukakan oleh pihak Peguambela ialah memandangkan OKT1 telah mengaku salah pertuduhan berkenaan dan mengambilkira kejadian berlaku di rumah OKT2 dan OKT3 serta OKT 2 adalah pengadu kepada kejadian berkenaan dan OKT3 juga mangsa kejadian bersama satu lagi adiknya. Saksi-saksi mata dan utama pihak Pendakwaan juga adalah ahli keluarga pihak OKT2 dan OKT3. Pihak Pembelaan menyatakan mereka percaya bahawa keterangan yang bakal diberikan oleh saksi polis dan ahli keluarga mereka bagi pihak Pendakwaan akan memberikan mereka kelebihan. Penangguhan akan menjimatkan masa kesemua pihak.

Perbicaraan yang dijalankan pagi dan petang kemudiannya ditangguhkan apabila Mahkamah mendengar keterangan SP4 iaitu abang kandung OKT2 dan OKT3 yang mana merupakan mangsa utama kepada kejadian berkenaan dan mengalami kecederaan putus tangan kiri dan kepala akibat ditetak oleh OKT1. Menurut keterangan yang mana ahli keluarga mereka diserang dan dicederakan oleh OKT1 dan sepupu mereka yang tidak dipertuduhkan bersama.

Atas perbincangan kesemua pihak, pihak Pembelaan hari ini membat satu representasi rasmi kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mempertimbangkan fakta-fakta penting di dalam kes berkenaan dan memohon agar pertuduhan tersebut digugurkan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►