Thursday, June 24, 2010

Rogol - Peniaga Dipenjara 10 Tahun


KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen setelah berpuashati dengan hujahan dan keterangan saksi-saksi Pembelaan, hari ini memutuskan bahawa Pembelaan gagal menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan dan menyatakan dalam penghakiman secara lisan bahawa keterangan pihak Tertuduh adalah menjurus kepada penafian semata-mata dan tiada lanjutan mengenai keterangan saksi pendakwaan yang lain.

Selepas mendengar mitigasi pihak pembelaan, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara daripada tarikh Tertuduh ditangkap dan 2 sebatan serta 3 tahun pengawasan selepas keluar penjara kelak.

Menurut peguambela, kes tersebut akan dirayu dalam masa terdekat atas beberapa isu seperti kegagalan penemuan bukti saintifik menyokong keterangan pengadu malah penemuan 2 bukti DNA lelaki asing akan diketengahkan kepada Mahkamah Tinggi termasuk beberapa isu yang lain.

Tertuduh kelihatan reaksi terkejut dengan keputusan Mahkamah tersebut akan menjalani hukuman di Penjara Kajang sebagaimana arahan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
  

2 komen:

Unknown said...

salam..masa nafsu membuak bukan nak ingat tu semua...lepas tu baru nak menyesal..nasi telah menjadi bubur.

SH said...

Not genuine rape. Sama suka sama rasa..

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►