Friday, April 2, 2010

Kehilangan Besar Din Beramboi Untuk Difikirkan

Pagi ini banyak blog terutama minah dan mamat jiwang dan berjiwa artis memberikan pelbagai reaksi kepada pemergian Allahyarham "Din Beramboi" mengadap Illahi setelah bertarung dengan maut selama beberapa ketika.

Ada banyak isu memperkatakan mengenai kehilangan watak lucu, artis dan penghibur yang kerap menghiburkan rakyat Malaysia yang kekadang ada juga melihat sinis kepadanya.

Nama beliau turut Uchi Gaban abadikan sebagJustify Fullai penghibur semenjak tahun 90an yang mana beliau biasa menghiburkan pendengar Time Highway Radio pada sebelah petang dengan maki dan kelakar yang cukup mengena pemanggil-pemanggil pada setiap petang.

Biar apa pun sumbangan dan ingatan yang telah dicatitkan mengenai beliau di blog-blog, Uchi Gaban juga ingin mencelah mengenai berita ini.

Namun, apa yang ingin dikongsikan dan diingatkan kepada rakan-rakan mengenai Arwah bahawa dua perkara; Pertamanya, beliau sakit mengejut dan kematian juga agak mengejut apabila suasana tawa gelak beliau di Raja Lawak masih boleh dibayangkan di kepala kita.

Semuanya pantas berlaku.

Maka adalah seorang rakan di Facebook tadi meng-copy pastekan hadis ini;

Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

2 komen:

SYANI said...

Mati PASTI datang tepat pada masanya... tak lewat sedetik tak cepat sedetik!

SH said...

erm... Arwah nampak sihat. Tup2 dah pergi..

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►