Monday, March 29, 2010

Sambung Bicara Warga Emas Bagi Kes Rogol Ditangguhkan

Mahkamah Sesyen hari ini dimaklumkan oleh peguambela bahawa beliau baru sahaja dilantik dan memohon satu tarikh sebutan sebelum kes disambung bicara bagi membolehkan peguambela membuat satu representasi kepada Jabatan peguam Negara. Mahkamah dimaklumkan bahawa representasi akan dibuat berdasarkan beberapa fakta yang memungkinkan penerimaan representasi tersebut bagaimanapun, Mahkamah Sesyen menolak permohonan tersebut dan menetapkan sambung bicara dijalankan.

Setelah dipanggil semula bagi sambung bicara, pihak pendakwaan memaklumkan Mahkamah Sesyen bahawa Pengadu di dalam kes ini tidak hadir kerana ibu saudara yang kini menjaga beliau demam dan Pengadu telah ke sekolah pada sebelah paginya.

Atas alasan tersebut, Mahkamah Sesyen bagaimanapun membenarkan penangguhan sebulan bagi membolehkan juga pihak pembelaan membuat representasi tersebut.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►