Monday, May 29, 2023

[1449.23] KETERANGAN DALAM UNDANG-UNDANG TIDAK AKAN MENJADI DIPERTIMBANGKAN SEBAGAI KETERANGAN YANG MENYOKONG (CORROBORATIVE EVIDENCE) MELAINKAN BEBERAPA PRINSIP DIPATUHI


Mahkamah di dalam kes PP lwn Rosman Abdul Wahab [2006] 4 CLJ 615 telah memutuskan bahawa keterangan untuk diambilkira sebagai keterangan sokongan mestilah meliputi keterangan relevan, seterusnya ia boleh diterima Mahkamah. Di dalam kes R lwn Scarrott [1978] QB 1016 di ms 1021, Lord Scarman menyatakan ciri yang paling penting dalam undang-undang keterangan ialah keterangan yang cukup relevan untuk membuktikan atau menafikan fakta dalam isu dan yang tidak dikecualikan oleh mana-mana peraturan undang-undang keterangan boleh diterima.
Selain itu, prinsip yang perlu dipatuhi adalah keterangan yang dipersoalkan mestilah boleh dipercayai (credible) seperti yang diulas oleh Lord Morris di dalam kes Hester yang menyatakan bahawa ‘corroboration’ hanya boleh diberikan (memberi) kepada atau oleh saksi yang sebaliknya boleh dipercayai. Di dalam kes Kilbourne, prinsip yang diputuskan adalah keterangan mestilah bebas di mana Lord Reid menyatakan bahawa berhati-hati dalam melihat dan membezakan keterangan yang nampaknya menyokong benar-benar bebas daripada kenyataan yang diragui. Sekiranya terdapat kemungkinan wujud pakatan sulit (penglibatan) antara pembuat dua kenyataan itu, maka, tidak wajar menerimanya sebagai keterangan menyokong. Prinsip lain adalah keterangan mestilah luaran (external) dan membabitkan (implicate) tertuduh dalam sesuatu perkara yang material. Lord Reading CJ di dalam R lwn Baskerville [1916] 2 KB 658 menyatakan ia mestilah keterangan yang membabitkan (implicate) tertuduh.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►