Monday, May 29, 2023

[1448.23] PENAHANAN SELAMA 24 JAM


Seseorang yang ditangkap boleh berada di dalam penahanan polis untuk siasatan selama 24 jam. Ini merupakan undang-undang seseorang yang ditahan. Ini boleh dilihat di dalam PERKARA 5(4) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang memperuntukkan seperti berikut:-
5. Kebebasan diri.
(4) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu:
Walaubagaimanapun, jika pegawai polis memerlukan masa yang lebih daripada 24 jam, beliau perlu membawa orang yang ditangkap tersebut di hadapan Majistret. Ini boleh dilihat di dalam SEKSYEN 28 KANUN TATACARA JENAYAH:-
28. Bagaimana tindakan terhadap orang yang telah ditangkap dan tahanan lebih daripada dua puluh empat jam.
(1) Seorang pegawai polis yang menangkap orang tanpa waran hendaklah dengan tidak melengahkannya, dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang ada mengenai jaminan atau pelepasan yang terdahulu, membawa atau menghantar orang yang ditangkap itu ke hadapan Majistret.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►