Monday, May 29, 2023

[1450.23] PEMBELAAN ALIBI


Pembelaan alibi adalah bukti untuk menunjukkan bahawa oleh sebab kehadiran tertuduh di tempat tertentu, pada masa tertentu dia tidak berada di tempat di mana kesalahan didakwa dilakukan pada masa yang berkaitan.
Sebelum pindaan, Seksyen 402A Kanun Tatacara Jenayah mestilah dipatuhi dengan ketat di mana antara yang perlu diberi perhatian adalah notis bertulis perlu diberikan kepada Pendakwaraya sekurang-kurangnya 10 hari sebelum permulaan perbicaraan (commencement of trial), notis mestilah termasuk butiran tempat di mana tertuduh mendakwa berada pada masa kesalahan itu dilakukan serta nama dan alamat saksi yang tertuduh bercadang untuk dipanggil bagi tujuan membuktikan alibinya.
Definisi permulaan perbicaraan (commencement of trial) adalah permulaan perbicaraan sebenar dan bukanlah tarikh tertuduh pertama kali didakwa seperti yang diputuskan di dalam kes PP lwn Wong Kim Leng [1997] 2 MLJ 97. Tujuan seksyen 402A diperkenalkan adalah menurut kes PP lwn Rangapula [1982] 1 MLJ 91, untuk menghalang mana-mana orang daripada mereka-reka bukti alibi, untuk membolehkan polis menjalankan siasatan dan menyoal siasat / memeriksa saksi yang dimaksudkan sebelum tarikh perbicaraan untuk memastikan kesahihan pembelaan tersebut dan untuk membolehkan Pendakwaraya menarik balik pertuduhan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►