Monday, May 29, 2023

[1446.23] HAK ORANG YANG DITANGKAP


Orang yang ditangkap mempunyai hak seperti berikut iaitu hak untuk diberitahu sebab ditangkap, hak untuk mendapatkan khidmat peguambela dan atau diwakili oleh peguambela, hak untuk akses kepada peguambela, hak untuk berkomunikasi keluarga atau kawan untuk memaklumkan keberadaan beliau. Ini boleh dilihat di dalam SEKSYEN 28A KANUN TATACARA JENAYAH sepertimana berikut:-
28A. Hak orang yang ditangkap.
(1) Seseorang yang ditangkap tanpa waran hendaklah diberitahu alasan penangkapannya dengan segera oleh pegawai polis yang menangkapnya.
(2) sebelum memulakan sebarang pertanyaan atau rakaman mana-mana kenyataan daripada orang yang ditangkap, Pegawai polis tersebut hendaklah memberitahu orang itu bahawa dia boleh:
(a) berkomunikasi atau cuba untuk berkomunikasi, dengan saudara atau kawan untuk memberitahu di mana dia berada; dan
(b) berkomunikasi atau cuba untuk berkomunikasi dan berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya.
OLEH: Maisarah Norkefli

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►