Orang yang didakwa boleh menggunakan pembelaan kemalangan jika sesuatu kesalahan tersebut dilakukan atas kerana kemalangan atau musibah. Melihat kepada SEKSYEN 80 KANUN KESEKSAAN. Elemen-elemen yang perlu dibuktikan bagi seseorang itu menggunapakai pembelaan kemalangan adalah seperti berikut:-
1) Kesalahan yang dilakukan adalah akibat kemalangan.
3) Perbuatan itu sah di sisi undang-undang dan dilakukan dengan cara yang sah di sisi undang-undang.
4) Perbuatan itu dilakukan dengan berhati-hati.
Melihat kepada kes BASANT SINGH V EMPEROR dimana tertuduh dan rakan-rakannya masuk ke dalam hutan untuk memburu babi hutan. Seekor babi hutan tiba-tiba mengejar mereka dan menyebabkan tertuduh panik dan melepaskan tembakan yang ditujukan kepada babi liar. Walaupun tembakan tersebut terkena kepada rakannya dan rakannya meninggal dunia. Mahkamah memutuskan ianya merupakan kemalangan semata-mata kerana dia tidak mempunyai niat untuk membunuh rakannya.
OLEH: Maisarah Norkefli
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..