Monday, May 29, 2023

[1444.23] HUJAHAN TIADA KES TELAH DIBUAT TERHADAP TERTUDUH / SUBMISSION OF NO CASE TO ANSWER


Semasa di akhir kes Pendakwaan, Pembelaan berhak membuat hujahan bahawa tiada kes telah dibuat terhadap tertuduh. Kanun Tatacara Jenayah tidak memperuntukkan dengan jelas berhubung hujahan tiada kes untuk dijawab ini. Namun, adalah menjadi praktis bahawa Mahkamah membenarkannya seperti yang telah diputuskan dan direkodkan di dalam kes Mahinder Singh lwn PP [1941] MLJ 230, PP lwn Parnaby [1953] MLJ 163 dan kes PP lwn Monteiro [1964] MLJ 338.
Selain itu, di dalam kes Ong Khoon Seng [1982] 1 MLJ 351, Mahkamah Tinggi telah membenarkan praktis ini dan antara lain berpendapat "kehilangan peluang untuk mengemukakan tiada kes untuk dijawab adalah satu penyelewengan yang serius dan cukup untuk membenarkan rayuan". Dalam mempertimbangkan hujahan tiada kes untuk dijawab, Mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada Pendakwaan telah membuat kes prima facie terhadap tertuduh.
Merujuk pula kepada kes Chong Boo See [1988] 3 MLJ 292, Mahkamah berpandangan bahawa di mana dalam keadaan kes Pendakwaan sangat kuat, maka tiada keperluan untuk mendengar penghujahan tiada kes untuk dijawab (submission of no case to answer).
Izatul Nabila


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►