Monday, December 19, 2022

[1350.22] KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG DALAM MEMUTUSKAN HUKUMAN TERHADAP PESALAH MUDA


Ramai yang melihat pesalah muda yang mana ditafsirkan di dalam Seksyen 2 Kanun Tatacara Jenayah sebagai pesalah yang berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 21 tahun sebagai satu ancaman kepada masyarakat setempat apabila kita mengambilkira kemampuan anak-anak muda ini untuk melakukan kesalahan yang jelas telah digariskan dalam undang-undang.
Namun, sistem kehakiman kita di Malaysia memandang pesalah muda ini melalui kacamata nya yang berbeza. Apabila mana-mana pesalah muda melakukan kesalahan, mahkamah akan mengambil kira pelbagai aspek penting seperti pengakuan salah yang direkodkan, latar belakang, tanggungan dan komitmen, rekod bersih pesalah dan sama ada pesalah menunjukkan rasa kesal susulan kesalahan yang telah dibuat sebelum mahkamah dapat memutuskan apa-apa hukuman.
Dalam hal ini, mahkamah akan mengambil kira umur pesalah muda sebagai faktor mitigasi yang berat untuk tidak memenjarakan pesalah muda. Tetapi ini tidak bermakna sistem kehakiman kita tidak tegas dalam membentuk pesalah muda kerana jika kesalahan yang dilakukan adalah satu kesalahan berat yang memerlukan satu hukuman penjara, maka mahkamah akan menetapkan satu tempoh sesuai yang mana tujuan pemenjaraan adalah untuk memberi peluang kepada pesalah muda ini berubah sepanjang berada di penjara. Secara asasnya, mahkamah lebih cenderung untuk memutuskan sesuatu hukuman yang bersifat rehabilitasi untuk meremedikan pesalah muda itu tadi berbanding menjatuhkan hukuman yang bersifat kasar dan berat tanpa sebarang kesan baik dan positif.
Rujukan boleh dibuat kepada autoriti di bawah yang menyebutkan:
1. Seksyen 293 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) menyatakan bahawa : -“(1) Apabila mana-mana pesalah muda disabitkan di mana-mana Mahkamah Jenayah di atas mana-mana kesalahan yang boleh dihukum denda ataupun penjara, Mahkamah boleh, sebagai menggantikan hukuman penjara… (a) memerintahkan pesalah itu dibebaskan selepas diberi teguran jika Mahkamah fikir patut;..”
2. Berdasarkan kes Nor Afizal Azizan v PP [2012] 6 CLJ 370, Mahkamah memutuskan bahawa : - “Where youthful offenders, wherever possible should be kept out of prison.”
3. Juga di dalam kes Tukiran Taib v PP [1955] 1 LNS 166, Mahkamah berpendapat bahawa : - [19 ]...It is a well-accepted principle of sentencing that young offenders, wherever possible and depending on the nature of the offences committed, should be kept out of prison, especially when there are other adequate means of dealing with them.
Seperti yang saya sebutkan tadi, terdapat juga beberapa keadaan yang mahkamah harus menetapkan hukuman berat bagi pesalah muda yang melakukan kesalahan bergraviti berat. Sebagai contoh, di dalam kes Tan Bok Yeng v Public Prosecutor [1972] 1 MLJ 214 yang melibatkan pesalah muda melakukan satu jenayah rompakan. Mahkamah menyatakan bahawa:
"I am quite aware that the law does provide for a lesser sentence or no sentence at all imposed upon persons of young age. There has, however emerged in recent years in our society certain species of crimes which the alacrity of mind and body, the dare, dash and defiance of youth alone is capable of performing and producing, cannot, in my view, remain merely a static and a meaninglessly passive if ornamental and an orthodox instrument of justice, ineffective in its results and application. The social needs of the times have to be met and effectively met. It is not merely the correction of the offender which is the prime object of punishment. The considerations of public interest have also to be borne in mind. In certain types of offences a sentence has got to be deterrent so that others who are like-minded may be restrained from becoming a menace to society."
Juga, merujuk kepada kes Public Prosecutor v Yap Chong Fatt (1963) 29 MLJ, mahkamah menyifatkan : "Normally in the case of a young adult hitherto of good character where his first offence is not of great intrinsic gravity the proper course is to put him on probation. If the offence is too serious, then a sentence of imprisonment should be imposed which will have some effect not only on the offender but also as a deterrent and which will give the Prisons Department some opportunity of trying to remedy such defect of character as there may be".
Kesimpulannya, sistem kehakiman kita menjaga kebajikan pesalah muda ini dengan sifat berhati-hati dengan mengambil kira faktor mitigasi sebelum menghukum mana-mana pesalah muda sekaligus akan menimbang tara kesalahan yang telah dilakukan dengan kepentingan awam.
Author: Nur Farihah Binti Syahriza, Pelatih Dalam Kamar.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►