Thursday, December 22, 2022

[1351.22] EJEN PROVOKASI ADALAH RAKAN SUBAHAT?


Persoalan sama ada ejen provokasi yang bertindak menyamar untuk tujuan mendedahkan penjenayah adalah rakan sejenayah. Jika ejen provokator hanya bertindak untuk polis tanpa sebarang penglibatan terlebih dahulu dalam jenayah itu, dia bukanlah seorang rakan subahat. Manakala, jika dia sudah terlibat dalam jenayah pada masa dia diminta oleh polis untuk bertindak untuk mereka, dia berkemungkinan dianggap sebagai rakan sejenayah.
Walau bagaimanapun, kes TEJA SINGH LWN PP [1950] MLJ 71 menyatakan seperti berikut:-
“..the credit of any witness depends on the facts of the case and not upon the particular label which is attached to him”
Oleh itu, Mahkamah harus berhati-hati dalam menerima kenyataan ejen provokasi di dalam satu prosiding. Ini juga boleh dilihat di dalam kes CHAO CHONG & ORS V PP [1960] MLJ 238 dimana Mahkamah Rayuan mengiktiraf bahawa seseorang yang mempunyai pengetahuan dalaman tentang bagaimana kesalahan itu berlaku, termasuk ejen provokasi yang bertindak untuk polis, kenyataannya mungkin sangat meyakinkan dan Mahkamah perlu berhati-hati dengan penerimaan kenyataannya.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►