Friday, November 4, 2022

[1313.22] PERTIMBANGAN MAHKAMAH DALAM MENENTUKAN SAMA ADA SESEORANG ITU BOLEH DIKIRA SEBAGAI RAKAN SEJENAYAH ATAU TIDAK


Perkara yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum menentukan sama ada seseorang individu tersebut boleh dianggap sebagai rakan sejenayah (accomplice) atau tidak adalah dengan merujuk perundangan mantap sepertimana diperjelaskan dalam kes Dato Seri Anwar Ibrahim v. PP & Another Appeal [2004] 1 MLRA 634; [2009] 3 MLJ 737; [2004] 3 CLJ 737; [2004] 5 AMR 265.
Mahkamah di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa untuk menentukan sama ada seseorang tersebut tergolong sebagai rakan sejenayah atau tidak adalah dengan merujuk kepada Seksyen 133 Akta Keterangan yang memperuntukkan bahawa seseorang rakan sejenayah ialah saksi yang berwibawa terhadap orang tertuduh, maka, sesuatu sabitan tidak menyalahi undang-undang semata-mata oleh sebab sabitan itu berpunca daripada testimoni tidak disokong yang diberikan oleh seorang rakan sejenayah.
Mahkamah semasa perbicaraan akan melihat kepada keterangan dikemukakan serta menilai kredibiliti saksi-saksi tersebut dan seterusnya membuat inferens sama ada saksi tersebut boleh dikatakan bukan rakan sejenayah. Mahkamah juga akan melihat kepada perkaitan saksi yang didakwa sebagai ‘rakan sejenayah’ dengan butir-butir penting yang dibentangkan dalam pertuduhan. Jika keterangan dikemukakan saksi dengan jujur dan meyakinkan, maka, tiada sebab untuk membuat inferens bahawa saksi tersebut adalah tergolong sebagai ‘rakan sejenayah’.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►